Kerajaan Negeri Perak    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ
1. ADAKAH SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN UNTUK MEMBUAT ADUAN?

Tiada/ percuma

2. ADAKAH SISTEM PENGURUSAN ADUAN PERAK MASIH DIGUNAKAN?

Sistem aduan tersebut akan dihentikan operasi sebaik sahaja Sistem Pengurusan Aduan Awam / Agensi Negeri Perak(SISPAA) dirasmikan.

3. SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN ADUAN PERAK?

Unit yang bertanggungjawab adalah Unit Aduan Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

4. ADAKAH SEMUA ADUAN BOLEH DIRUJUK KEPADA UNIT ADUAN?

Ya, KECUALI aduan ;

  • Terhadap dasar kerajaan
  • Perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-Kira Awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Biro Bantuan Guaman
  • Kes-kes jenayah.
5. APA BERLAKU KEPADA ADUAN SAYA?
  • Unit Aduan akan menghantar Maklumbalas Penerimaan kepada pengadu
  • Memberi maklum balas kepada pengadu setelah mengetahui status aduan
  • Aduan yang melibatkan kepentingan awam akan dibawa ke mesyuarat

6. APA YANG SAYA BOLEH ADU KE UNIT ADUAN?

Semua aduan yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan agensi/jabatan di bawah kerajaan negeri.

7. APAKAH JENIS ADUAN TERSEBUT YANG BOLEH DITERIMA OLEH UNIT ADUAN?

  • Aduan mengenai kelewatan/tiada tindakan
  • Tindakan tidak adil
  • Kekurangan kemudahan awam
  • Salah guna kuasa / penyelewengan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan
  • Salah laku anggota awam
  • Kegagalan mengikut prosedur
  • Kegagalan penguatkuasaan
  • Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan

8. BAGAIMANA CARA MEMBUAT ADUAN?

9. BOLEHKAH SAYA MEMBUAT ADUAN BAGI PIHAK ORANG LAIN?

Boleh, dengan izin pengadu.

10. BOLEHKAH SAYA MENGEMUKAKAN ADUAN TANPA MEMBERI NAMA?

Tidak boleh, hanya aduan daripada maklumat yang sahih sahaja yang akan diproses.  

 

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader